Kenapa Saya Menulis Dalam JavaScript?
TLDR; Sebab tugas saya buat front-end dan juga back-end, jadi untuk memudahkan diri sendiri saya gunakan satu bahasa yang sama iaitu JavaScript.
Saya tidak pernah belajar JavaScript secara formal dari mana-mana. Sekolah, universiti, atau kursus, memang tak pernah. Antara PHP dan JavaScript, saya belajar PHP dulu. Masa itu saya ingat lagi saya baca buku pdf (saya tak ingat tajuknya apa, siapa penulisnya) tapi buku tersebut sesuai untuk orang yang nak mula dengan PHP.